Veveonah, 2 MPs & Internet Coverage Issue at Sabah & Sarawak

Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia Atas Permintaan Pembaca

Cuba pembaca bayangkan. Anak/adik/sepupu perempuan anda yang masih berusia 18 tahun, menghadapi kesukaran untuk memperoleh akses internet. Tanpa berputus asa, dia telah mencari jalan agar dapat berpaut kepada rangkaian internet bagi menghadapi peperiksaan yang akan menjelang tiba. Usaha dia telah didokumentasi dan dimuat naik di laman YouTube pada 13 Jun (exam beliau 9-12 Jun). Video tersebut telah menjadi tular di alam maya, dan mendapat perhatian netizen di seluruh dunia. Itulah yang terjadi kepada saudari Veveonah Mosibin, seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Video beliau yang berjudul “24 Hours on Tree | Challenge” (Cabaran 24 jam di atas pokok) mendorong Kumpulan TM untuk menaiktaraf Pusat Internet di Kampung Pinggan-Pinggan, Pitasc Sabah, yang terdekat kepada kampung Veve. Kampung beliau hanyalah 140 km dari Kota Kinabalu, namun mengambil masa 3 jam menggunakan kenderaan pacuan 4 roda untuk dikunjungi. Internet yang laju ini sudah tentunya menggembirakan warga Pitas.

Nampaknya ini adalah kesudahan yang baik buat semua orang, betul atau tidak? Anda silap.

Ini adalah kerana pada 3 Sept, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, telah mendakwa bahawa peperiksaan yang kononnya diduduki oleh Veveonah atas talian di atas pokok tidak pernah terjadi dan ianya adalah gimik semata-mata untuk meraih penonton saluran YouTube beliau insemasa sidang perbahasan di Dewan Negara. Dalam ayat beliau, “dia takda exam, kita dah check dah”. Pernyataan tersebut daripada seorang menteri kepada rakyat marhaen adalah umpama melepaskan bom nuklear ke atas pulau yang kecil. Apabila mendapat tahu berkenaan dakwaan tersebut, Veveonah menjadi sedih dan sangat kecewa. Beliau lantas membuat “tweet” berkenaan jadual peperiksaan beliau pada 9-12 June di Twitter beliau. Menyedari bahawa beliau melakukan kesilapan yang besar, yang menjatuhkan martabat beliau di mata netizen, Datuk Zahidi membuat “Facebook post” bagi menarik balik dakwaan beliau, mengaku salah, meminta maaf dan berjanji untuk memperbetulkan kenyataan di dalam sidang parlimen seterusnya dan mengucapkan selamat maju jaya di dalam bidang pilihan beliau. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan bahawa dakwaan Datuk Zahidi ke atas Veve adalah satu kesilapan dan Rancangan Jendela Digital Negara (Jendela) akan dilaksanakan untuk memperbaiki capaian internet di seluruh negara, terutama sekali di kawasan luar bandar, termasuk di Sabah (dan Sarawak).

Bagai luka disirami garam, pada 7 Sept, Timbalan Menteri Kewangan dan juga Ahli Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri, telah membuat sebuat “Facebook post” berkenaan Veveonah, yang di dalam ayatnya “melakukan publisiti yang tidak baik berkenaan kawasannya”, yang menyelar dan meragui kredibiliti Veveonah, yang mana beliau mengatakan Veve tidak tinggal di kampung, namun di kawasan Pitas dan semuanya adalah rekaan untuk meraih simpati. Netizen juga mendapati bahawa Abd Rahim juga yang memberitahu Datuk Zahidi berkenaan peperiksaan Veveonah (TheStar, 7 Sep). Abd Rahim juga mendakwa beliau mendapat maklumat daripada seorang “professor”. Profesor UMS yang mana satu? Tiada dinyatakan. Beberapa jam kemudian, menyedari bahawa netizen menyelar “Facebook post” beliau.

Di dalam dunia yang serba berhubung ini, tiada yang boleh dihapuskan. Apa yang boleh dilakukan hanyalah mengurangkan kesan tularan tersebut. Oleh sebab itu, abang Veve, Mekvin Mosibin telah mencabar kedua-dua Ahli Parlimen tersebut untuk datang dan mengalami sendiri kesukaran yang dihadapi oleh mereka berkenaan capaian internet. Dalam ayat Melvin, “itu baru internet, belum lagi bekalan air, bekalan elektrik, jalan asp kena viral”.

Untuk menyokong Veve, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Masidi Manjun mengatakan bahawa Veve tidak menipu, video itu adalah sahih dan beliau telah menduduki peperiksaan UMS atas talian pada bulan Jun. Beberapa orang Ahli Parlimen menunjukkan sokongan buat Veve, termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (mantan Menteri Belia dan Sukan) dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh (mantan Menteri Wanita, Keluarga dan Kemajuan Masyarakat). Mereka berdua menyatakan bahawa pernyataan Abdul Rahim adalah satu contoh buli siber. Hannah juga mempertikaikan tindakan menteri Wanita, Rina Harun yang menyepi atas hal ini, sedangkan seorang pelajar muda yang tidak berdaya diserang oleh dua menteri yang menggunakan falasi kredibiliti.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin menyatakan bahawa pernyataan yang dibuat kedua-dua menteri tersebut ke atas Veve adalah tidak betul dan tidak wajar.

Di dalam sidak parlimen pada 9 Sep, ahli Kabinet bersetuju bahawa isu utama adalah capaian internet dan kekurangan kelengkapan asas di kawasan luar bandar. Secara amnya, kita boleh melihat bahawa rakyat Malaysia sedar akan isu sebenar dan menyokong Veveonah. Datuk Zahidi pula mempunyai banyak kerja untuk dibuat bagi memperbetulkan kenyataan beliau di Dewan Negara. Berikut adalah petikan daripada komen Facebook warga Malaysia yang menyokong Veveonah:

“Betul sangat. Kenapa buli pelajar. Kesian sangat…suara anak muda/ pemudi sering di dipinggirkan..tiada pembelaan.”

“Org miskin atau remaja harap bantuan. Tapi dibuli pula. Dah tak payah harap dah. Kita bantu kita sendiri aje. Besok undi, jgn harap undi kami pula.”

“Don’t expect brains, honor, discipline, responsibility and dependability from the current cabinet. We never put them there in the first place.”

“Dgn rakyat pun nak gaduh..tgk la perkara yg rakyat nak sampaikan tu..tugas netizen tuk buli diaorg balik..😁”

“Two ministers gang up to cyber bullying a young native girl. What a shame!”

Disebalik drama yang tidak berkesudahan inj, isu utama adalah capaian internet yang lemah di luar bandar, terutama di kawasan pendalaman Sabah Sarawak. Ini memaksa warga di sana mendaki bukit untuk mendapatkan signal bagi sebarang urusan telefon

Pemuda pemudi Malaysia juga sewajarnya diberi peluang untuk bersuara. Jikalau tidak, mereka akan menggunakan cara lain untuk menyalurkan pendapat mereka, seperti Twitter (dan bebenang yang panjang berjela-jela), Facebook dan YouTube. Disitulah warganet mendengar keluhan dan permasalahan kita kerana media prima dan TV adalah bertapis demi tidak melawan jari telunjuk Lembaga Pengarah. Bak kata Mekvin, ini baru internet, belum menyentuh isu lain.

Adalah tidak wajar bagi seseorang untuk menjadikan belia sebagai kambing hitam untuk isu yang sedia wujud, terutama sekali apabila ia dilakukan oleh ahli Parlimen. Ini akan melebarkan jarak di antara generasi terdahulu dan belia. Pernah terfikir kenapa belia lebih berminat untuk menjadi tular di Tik Tok daripada berminat kepada isu semasa? Mereka beranggapan bahawa apabila mereka menyentuh isu yang sensitif, mereka akan dipersalahkan seperti di dalam isu ini. Jadi mereka mengambil jalan selamat, dan menumpukan usaha mereka ke atas bahan picisan dan berkaitan dengan kemegahan dan hiburan. Ini juga adalah kerana mereka tidak ingin ditular dan menjadi terkenal atas sebab yang tidak betul. Jadi, sebelum menekan butang “post”/”publish”, sahihkan ia. Lakukan perkara yang betul.

Jikalau anda ingin melihat masa depan negara, lihatlah belianya. Layanlah belia dengan bagus demi menjamin masa depan negara. Jikalau tidak, buruk padahnya.

p.s. Tweet Tun Dr Mahathir kepada Veveonah “bekerja keras dan berbanggalah dengan hasil kerja mu. Nilai ini akan menjadikan kamu insan yang berintegriti dan jujur. Jangan pernah berhenti belajar dan menimba ilmu”.

“Work Hard and Take Pride in your work”. These values make you a person with integrity and honesty. Never stop learning and acquiring knowledge. (10th Sep, 1024hrs).

Tukang Rantek,
Claudius

Note: Claudius adalah “tukang rantek” (jurugambar di dalam bahasa Bidayuh Pichin) di Miri.


Veveonah, Two MPs and Sabah/Sarawak Internet Issue

Let’s talk about life struggles. A young 18 years old girl by the name of Veveonah Mosibin (Veve), a University of Malaysia, Sabah (UMS) student, posted a video about her struggle to get a decent internet connection to sit for an online exam back in 13 June at YouTube due to Restricted Movement Control Order (RMCO). Thanks to her genuine approach and sincere intention as well as her charm in delivering the video, her video entitled “24 Hours on Tree | Challenge” went viral and gained a worldwide attention. This leads to TM Group upgrade the internet connectivity at Internet Centre of Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas, Sabah, which is nearest to her village. That village took 3 hours to reach via 4X4 though it’s only 140km from Kota Kinabalu. The stronger internet connection is indeed a delight to the people of Pitas.

Seems like that’s the end of the story, a happy ending for everyone, right? Wrong.

On 3rd Sept, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Deputy Minister of Multimedia and Communication Malaysia, during debate session at Dewan Negara calls Veve a liar, that exam never took place and as a YouTuber, posted that video to gain attention and viral. In his word, “dia takda exam, kita dah check dah”. That statement, from a minister to a young girl is like dropping a nuke to a small island. Veve was devastated to hear the news, but took action and posted her online exam schedule from June 9 to 12 on Twitter. Several hours later, realising that he made a terrible mistake, Datuk Zahidi posted a statement in his Facebook page admitting his mistake, apologised and mentioning that he received a wrong info, promise to correct his statement in the next parliamentary session and wish her success in her chosen career. Communications and Multimedia Minister Datuk Saifuddin Abdullah had claimed that Datuk Zahidi’s remarks against Veve were a mistake, said that the Jendela Digital Negara (Jendela) Plan would be implemented to improve internet coverage nationwide, especially in the rural areas including in Sabah.

On 7th Sep, Kudat MP, Abdul Rahim Bakri, who js also a Deputy Finance Minister, posted a statement in Facebook about Veve, further complicating the already complicated situation. In that now-deleted Facebook post, he questions about her credibility, faking the exam and her whereabouts. Netizens soon learned that Kudat MP is the one who told Datuk Zahidi that Veve actually doesn’t have an examination (TheStar, 7 Sep), who had in turn received the information from a “professor”. Which UMS professor by the way?
Hours later, after facing retalation by netizens to his post defending Veve, Abdul Rahim Bakri took down his Facebook.

In this connected world, nothing can actually be undone. Any damage that was done will remain. Nothing can be done to erase netizen’s memory on that. What can be done is only recovery measures. In that matter, Veveonah’s brother, Mekvin Mosibin posted in Facebook on 8th Sept in support of his sister who was lambasted online by the two MPs. He challenges them to come to their village to experience their hardship pertaining internet connectivity. He said, “Itu baru Internet belum lagi bekalan air, bekalan elektrik, jalan aspal kena viral,” (we’re just talking about internet, not yet including water supply, electricity and asphalt road).

To support Veve, UMS Board of Director Chairman, Datuk Seri Masidi Manjun said that she doesn’t lie, that video was true and she sat for her online examination on June. Few other politicians also shows their support to Veve, including Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman and Segambut MP Hannah Yeoh, who were former Sports and Youth Minister and Women, Family and Community Development Minister respectively. Hannah Yeoh and Syed Saddiq sajd Abd Rahim’s post as a form of (cyber) bullying. Hannah also questions Woman Minister Rina Harun’s silence over the matter, when a helpless young student is being bullied by not just two ordinary adults, but two ministers who employs fallacy of credibility.

The Science, Technology and Innovation Minister, Khairy Jamaluddin said statements made by the two deputy ministers on Veveonah Mosibin was “not right and uncalled for” with regard to the issue of Veveonah Mosibin and Internet accessibility.

Thankfully, the Cabinet yesterday agrees that the main issue is the Internet connectivity and the basic infrastructure particularly in the rural areas. In general, we can see that Malaysian netizens knows the real issue and generally are in support of Veveonah. Datuk Zahidi, on the other hand, has a lot of firefighting to do at Dewan Negara due to his mistake. Some of the comments are as follows in support of Veve, in post by Hannah Yeoh.

“Betul sangat. Kenapa buli pelajar. Kesian sangat…suara anak muda/ pemudi sering di dipinggirkan..tiada pembelaan.”

“Org miskin atau remaja harap bantuan. Tapi dibuli pula. Dah tak payah harap dah. Kita bantu kita sendiri aje. Besok undi, jgn harap undi kami pula.”

“Don’t expect brains, honor, discipline, responsibility and dependability from the current cabinet. We never put them there in the first place.”

“Dgn rakyat pun nak gaduh..tgk la perkara yg rakyat nak sampaikan tu..tugas netizen tuk buli diaorg balik..😁”

“Two ministers gang up to cyber bullying a young native girl. What a shame!”

Beyond this endless drama, the main issue is poor internet connection in rural areas, not just in Sabah. Deep in the interior of Sabah/Sarawak, people need to climb hills just to get a decent internet just like Veve. The real issue, elephant in the room is left unaddressed. We can see the awareness to voice out is there in our youths. Youths should be given an opportunity to talk to the right person. Otherwise, they’ll resort to use external methods to be heard – such as YouTube, Facebook, Twitter. That’s where netizens world-wide can hear about our trouble. Like Mekvin’s said, we are only talking about internet connectivity, not yet touching an even more pressing issues – proper roads to rural area, electricity, clean water supply, and healthcare facilities.

Silencing the youth by making he/she looks like a fake news bearer is a bad idea. This further rips the gap between the previous generations and youths. Ever wonder why many youths are more interested in becoming Tik Tok famous than learning more about issues around us? You point something wrong, you’ll be blamed. So it’s their safe bet to focus on fun-related and fame-related stuff only. They are afraid, if they touch on sensitive item, they’ll be made viral and become infamous. You don’t have to be afraid though. But before you post, verify twice. Do the right thing.

If you want to measure how the nation would look like in the future, look at the youths. Treat the youths right, you’ll secure nations interest. Treat them wrong, you’re booking your doom.

p.s. Tun Mahathir’s tweet to Veveonah “Work Hard and Take Pride in your works. These values make you a person with integrity and honesty. Never stop learning and acquiring knowledge”. (10th Sep, 1024hrs).

Tukang Rantek,
Claudius

Note: Claudius is a “tukang rantek” (photographer in Bidayuh Pichin) based in Miri.