BLESSED MOTHER’S DAY 2021

Tabi basa & Blessed Mother’s Day everyone! Today is a day dedicated to honour our mother, as well as motherhood in general and the influence of mothers in our society.

The journey to motherhood is never easy. From the day a woman is married and the day she knows that she is pregnant, she already starts to develop her motherhood instinct just as her body gradually changes to accommodate the little one, growing stage by stage through those three trimesters. It was never an easy journey. Anaemia, urinary tract infection, mood changes, morning sickness, vomiting, potential diabetes, frequent urination as bladder capacity reduced – these are among the thing every mother-to-be has to endure. Some might require IV fluids.

Good bye perfect body shape, hello oversized t-shirts. That was just the beginning. As the baby grows, fatigue increases, discomfort worsen for some. But this doesn’t compare to the joy they feel when the baby starts to move by the end of second trimester. Suddenly, the pain goes away, replaced by excitement. The once smooth, youthful skin is then replaced with stretch marks here and there. Baby delivery comes with an unimaginable pain, and life is put on the line. But no words can describe the joy that mothers experience after delivery. The feeling of holding that small, cute little one is bliss.

Being a mother is easily the hardest job in the world that comes without any instruction manual, handover note or documentation whatsoever. An average mother spends about 98hours a week, equivalent to 2.5 full time jobs doing parent-related thing. It is no surprise that most of the children are closer to their mothers than with their father because a mother is a good listener and empathise more.

A mother understand what a child does not say. She gave all that she has to us, and more. Don’t call your mother fat, ugly or not cool because she sacrificed her time, money and energy to raise you up to become a good and useful person in the future.

While we still have the opportunity, while she is still around on this world, always love and respect your mother. Don’t just simply reply “K” to her WhatsApp messages or ignore her phone call whenever her name appears on your phone display. You might think it trivial or useless because all she ask is how are you or have you eaten. Call her once in a while. Top-up her mobile. Videocall if you can. If there is opportunity, go back to meet her. Wish her birthday and pray for her good health. Take as much pictures and video as you can.

Cherish every moments, because one day, God will take her away from us. By that time, you will regret your actions and will beg for forgiveness at her grave, embracing her cold, hard tombstone. No amount of money or tears will bring her back or returning back the time that you lost, not even one second.

Therefore, love your mother, always. No matter what is your religion or race, may God bless your mothers. Happy Mother’s Day.

*************

Versi BM:

Tabi basa dan selamat hari Ibu buat semua! Hari ini adalah hari untuk memperingati jasa dan sumbangan ibu kita buat kita semua dan terhadap masyarakat kita.

Perjalanan untuk menjadi seorang ibu tidaklah mudah. Dari hari seorang wanita berkahwin dan mendapat tahu dia sedang mengandung, naluri keibuan dia mula terbentuk seiring dengan perubahan fizikal yang dia alami untuk menampung tumbesaran si kecil. Anemia, jangkitan saluran kencing, perubahaan mood, loya dan muntah-muntah, kerap kencing adalah antara perkara yang sering dihadapi oleh wanita yang mengandung. Ada yang memerlukan cecair IV.

Selamat tinggal buat bentuk badan yang langsing, selamat datang baju longgar dan baju saiz besar. Itu hanyalah permulaan. Semakin kandungan membesar, rasa letih dan ketidakselesaan semakin menjadi-jadi. Namun, apabila si kecil mula bergerak-gerak pada penghujung trimester kedua, ada antara wanita mengandung yang merasa gembira kerana ini tandanya si kecil adalah sihat. Rasa gembira meraja di hati, menggantikan rasa resah. Kulit remaja diganti dengan tanda-tanda regangan kulit di kebanyakan bahagian badan. Proses melahirkan anak pula disertai kesakitan yang tidak terungkapkan, nyawa ibarat di hujung tanduk. Namun, disitu kita lihat bahawa kaum Hawa ini sebenarnya adalah kuat. Kesakitan itu tetap mereka harungi demi melahirkan anak, tanda cinta dan kasih mereka, pelengkap keluarga yang diimpikan selama ini. Tangisan bayi sebaik sahaja keluar ibarat semboyan kemenangan di cuping telinga si ibu yang dibanjiri keringat. Rasa gembira ketika memegang si kecil di tangan adalah tidak terbayangkan.

Menjadi seorang ibu bukan satu kerja yang mudah. Kebanyakan masa ibu dihabiskan bersama anak-anak, dan sebab itulah anak-anak menjadi lebih rapat dengan ibu berbanding dengan bapa. Anak-anak juga biasanya mampu bertutur di dalam bahasa ibunda.

Si ibu memahami apa yang si anak tidak luahkan. Dia memberi segalanya bagi memastikan kebajikan kita terjaga, dan menjadi pelindung ketika kita tertindas. Oleh sebab itu, janganlah memanggil si ibu gemuk, hodoh ataupun tidak hebat kerana mereka mengorbankan segalanya bagi membesarkan kita, termasuk impian dan harapan mereka.

Sementara kita masih ada peluang, sayangilah dan hormatilah ibu kita. Jangan hanya membalas “K” apabila mereka menghantar pesanan ringkas melalui WhatsApp, atau mengabaikan panggilan telefon apabila nama ibu kita tertera di kaca skrin telefon. Mungkin kamu fikir ianya hanyalah panggilan picisan kerana biasanya si ibu akan bertanya soalan seperti sudah makan atau apa khabar, tidak menarik seperti perbualan kita dengan buah hati kita. Sekali sekala, hubungilah ibu kita. Videocall pun boleh. Sekiranya ada peluang, balik kampung untuk berjumpa dengan dia. Ucapkan selamat hari jadi dan berdoalah agar dia dikurniakan kesihatan yang baik.

Hargai setiap saat yang ada kerana suatu hari nanti, Tuhan akan mengambil dia daripada kita. Pada masa itu, kamu akan menyesali setiap perbuatan kamu dan akan memohon kemaafan di kubur dia sambil memeluk batu nisan yang sejuk dan keras. Seandainya kamu kumpul semua intan berlian dan harta karun di dunia ini, atau menangis sekolam air mata darah sekalipun, kamu tidak akan dapat mengambil balik masa-masa yang telah lepas, walau saat.

Oleh itu, sayangilah ibu anda selalu. Tidak kisah anda beragama atau berbangsa apa, semoga Tuhan memberkati ibu kita semua. Selamat Hari Ibu.

Follow me for more stories: Facebook & Instagram

Tukang Rantek,

Claudius

Claudius is a Miri-based Boudoir & Portrait Photographer, from Kpg Piching, Serian.

“Tukang Rantek” means photographer in Piching dialect.