Tabi basa & greetings everyone. Today I’d like to share our recent photoshoot done at Sg Langit, Betong the day after Atek & Jatt’s wedding, while the wedding dais is still there, as it was beautifully done by Syarikat Apai Kumang, created using Iban’s motives, including its customary pua kumbu & terabai.
To fall in love is the easy, but to fall in love with the same person, decades after decades, is not. It requires a lot of conscious effort, perseverance, patience & iron-will dedication.
Both need to fight for it, both needs to want it to work because if not, it won’t work.
Love also evolves as we grew older. During younger days, it is mostly physical & romanticism takes precedence. But as we grow older, those romanticism is compromised for nonromantic quality-of-live values such as family.
As life’s busy-ness set in, we often too focused into it that we don’t realise how fast time goes by.
Photography is one of the best way to immortalise our memories with one another, especially with our loved ones, our spouses, siblings and larger family. Although at present, our children / niece / nephews are still still small, in few years’ time, they shall outgrow us. Give them few more years, they will be staying elsewhere to pursue their education / career. Without us realising, they will be walking down the church isle with their loved ones.
That’s why, whenever we can, take group pictures together because each and everyone of us lives a different life’s path, which only intersect on a key points in life, such as family gathering, relative’s wedding etc.
It takes an effort, but as time goes by, the values of those picture will only appreciate, especially when that is the only thing left.
In Malay language:
Tabi basa & selamat sejahtera semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi sesi pemggambaran yg saya telah buat baru-baru ini di Sungai Langit, Betong selepas perkahwinan Atek & Jatt, memandangkan pelamin masih lagi ada di sana, hasil buatan tangan Syarikat Apai Kumang yang bermotifkan kaum Iban, termasuk pua kumbu & perisai.
Sesungguhnya, jatuh cinta adalah mudah sekali. Akan tetapi, untuk jatuh cinta pada orang yang sama selama berdekad-dekad lamanya adalah sukar. Ia memerlukan banyak usaha, kecekalan, kesabaran dan dedikasi yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Kedua-dua pihak harus berjuang untuk mempertahankan hubungan mereka, terutama sekali selepas perkahwinan kerana ikrar perkahwinan bukan hanya sekadar menanam tebu di bibir, kata-kata yang dilafazkan demi memenuhi kehendak nasfu, tapi merupakan komitmen sepanjang hayat, sehingga ke anak cucu cicit dengan keizinan Tuhan.
Pengertian cinta juga berubah seiring dengan usia seseorang. Daripada cinta yang lebih fizikal & romantik di usia muda, semakin kita meningkat dewasa, elemen romantik akan ditukarganti dengan hal-hal yang lebih mustahak, seperti hal keluarga.
Namun, ianya tidak bermaksud elemen romantik itu dilupakan terus, tetapi terpendam di dalam jiwa & sanubari, yang hanya akan ditampilkan pada saat-saat tertentu.
Walaupun di satu saat kita senantiasa bersama, seperti adik-beradik yang tinggal serumah, tetapi jalan hidup membawa kita ke haluan masing-masing dan akhirnya menjadi jarang bertemu. Setiap saat pertemuan yang bermakna itu seelok-eloknya diabadikan melalui gambar, untuk tatapan dimasa akan datang, sebagai pengingat akan hubungan kekeluargaan yang erat, dimana jua kita berada.
Your Tukang Rantek,
Claudius (Del)