Tags archives: coverage

Veveonah, 2 MPs & Internet Coverage Issue at Sabah & Sarawak

Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia Atas Permintaan Pembaca

Cuba pembaca bayangkan. Anak/adik/sepupu perempuan anda yang masih berusia 18 tahun, menghadapi kesukaran untuk memperoleh akses internet. Tanpa berputus asa, dia telah mencari jalan agar dapat berpaut kepada rangkaian internet bagi menghadapi peperiksaan yang akan menjelang tiba. Usaha dia telah didokumentasi dan dimuat naik di laman YouTube pada 13 Jun (exam beliau 9-12 Jun). Video tersebut telah menjadi tular di alam maya, dan mendapat perhatian netizen di seluruh dunia. Itulah yang terjadi kepada saudari Veveonah Mosibin, seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Video beliau yang berjudul “24 Hours on Tree | Challenge” (Cabaran 24 jam di atas pokok) mendorong Kumpulan TM untuk menaiktaraf Pusat Internet di Kampung Pinggan-Pinggan, Pitasc Sabah, yang terdekat kepada kampung Veve. Kampung beliau hanyalah 140 km dari Kota Kinabalu, namun mengambil masa 3 jam menggunakan kenderaan pacuan 4 roda untuk dikunjungi. Internet yang laju ini sudah tentunya menggembirakan warga Pitas.

Read More