Tags archives: Prewedding

Frontliner’s Love Story

Tabi basa and greeting, Tukang Rantek family.

Today I would like to write about our frontliner’s love story – Dr Gilbert and his wife, Dr Sonia, who both are part of the bigger group under Ministry of Health, where both of them are serving at Miri. Despite their busy schedule, they still find time to immortalise their love story in the form of pictures. Both of them came from Kpg Sungi Duuh, Siburan, just right beside my father’s village of Kpg Masaan. Their love story started long time ago at Sungi Duuh, and Molly Christopher, Gilbert’s neighour & cousin, is partly the mastermind behind it. The details are not permitted to be disclosed, but suffice to say, it is another reason why Gilbert is motivated to pursue excellence until both received their doctor-ship. Being Eastern peoples, Bidayuh peoples are not generally expressive, especially when it comes to love. I can see that in my father, where it took considerable effort to hold my mother’s hand in public. Gilbert and Sonia is no exception, but they are very supporting in expressing their love towards one another before the lens. No matter how busy you are, if you love one another, you can make time for one another and to express your love to them. Love is a choice – where you override logic and rationale, where you choose to stay with your loved one, in good times and the bad, in joy and sorrow and only death can part the two of you. May God bless Dr Gilbert and Dr Sonia.

Tabi basa dan selamat sejahtera, keluarga Tukang Rantek!

Pada hari ini, saya ingin menulis berkenaan cinta “frontiner”, iaitu berkenaan Dr Gilbert dan isteri beliau, Dr Sonia, yang mana keduanya adalah merupakan ahli Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkhidmat di Miri. Disebalik kesibukan mereka, mereka masih lagi mencari masa untuk mengabadikan kenangan bersama di dalam bentuk gambar. Kedua mereka berasal dari Kampung Sungi Duuh, Siburan, yang bersebelahan dengan kampung bapa saya, Kpg Masaan. Cinta mereka bermula sejak lama dahulu di Sungi Duuh dan Molly Christopher mempunyai kaitan dengan cinta mereka. Informasi selanjutnya tidak boleh dikongsikan di sini, namun memadai untuk saya berkata, Sonia merupakan antara pemangkin kecemerlangan beliau sehingga kedua-dua mereka berjaya bergelar seorang doktor. Sepertimana orang Timur yang lainnya, orang Bidayuh juga tidak begitu lantang untuk menyuarakan isi hati, terutama sekali berkenaan hal cinta. Ini boleh dilihat melalui bapa saya, yang mana ia memerlukan kuasa yang luar biasa bagi beliau untuk memegang tangan ibu saya di tempat awam. Gilbert dan Sonia pun tidak terkecuali, namun mereka sungguh bersemangat untuk meluahkan rasa cinta mereka di dalam bentuk „posing“ di hadapan kamera. Sesibuk manapun anda, jika anda cinta satu sama lain, anda akan mencari masa untuk diluangkan bersama yang tersayang. Cinta adalah pilihan, di mana anda melangkaui batas logika dan rasional, dimana kamu memilih untuk bersama yang tersayang di dalam kesusahan dan kesenangan, baik kaya mahupun miskin dan hanya maut memisahkan anda dan orang yang anda sayangi. Semoga Tuhan merahmati Dr Gilbert dan Dr Sonia.

“Immortalising Memories!”/”Mengabadikan Kenangan!“  

Tukang Rantek,

Claudius

Follow me at:

Instagram: tukangrantekclaudius

LinkedIn: claudiusweson

Note: 

“Tukang Rantek” Claudius is a Portrait, Wedding & Event Photographer based in Miri, with a passion for writing.

[1] “TukangRantek” means photographer in Bidayuh Piching.

[2] Event covers Funeral, Birthday, Party etc.

Copyright (2020) All Right Reserved. No parts of this blog can be used without prior written permission from Tukang Rantek Claudius.