Tags archives: viral

Lesson From Cardock’s Issue

Tabi basa, silamat narang andu, selamat ngalih ari, sayu ngedau, selamat belua tau & celamat dau adak.

First and foremost I’d like to convey my deepest condolences to the family of the fallen solders at the 13 August Incident, where four of Malaysian Air Force died due to shooting incident that happened at Guard Post  of Handau Squadron 330 around 7.15am today, at Kota Samarahan.

Back to the issue that I’d like to talk about, I have received a screenshot from fellow PPPOU’21 participants about Cardock’s post, which exactly the thing that we don’t want to happen at Sarawak, the Land of Hornbill which consists of various ethnics and tribes. That’s why I am compelled to write about this.

Disclaimer: I am not hired or influenced by anyone to write this article. It is purely my own opinion.

WHAT HAPPENED?

For those who didn’t know, what happened was Cardock uploaded a picture with him and caption Kayan King and his concubines (original post: Raja Kayan dan Gundik-Gundik).

For those who wants to know about Kayan peoples, you can read about it here.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=495958447250617&id=495294393983689

EFFECT FROM THE POST

For those who knows Cardock, where he always do live video, they will know about his character, his conversation and that is part of his charm and charisma, making people likes to follow him and follow his adventure to promote Sarawak in the eyes of the world. Cardock also has his own fans that is called Cardock Clan.

Cikgu Emmet also wrote a good summary about Cardock and his accomplishments so far. You can read about it here. https://www.facebook.com/…/a.74617559…/4177085132339458/

However, as an effect of his post, a lot of peoples have spoken out to voice their opinions. Just like in the snapshots below, it actually begins at Miri Community, then a lot of other individuals that posted about this, including Nissie A that quotes Cardock’s LIVE with Durian Kimchi with regards to the insult of Iban’s Ngepan as well questioning why there was a silence from related Orang Ulu associations, and there was also Viviana’s post. That post was also shared at Pulau Borneo Tanah Dayak, where it was written there about the act where Cardock degrades the status of Kayan women.

Because of that Cardock changed the caption to “Cardock dan Mak-Mak Orang” (meaning, Cardock and Other People’s Mother) as well calling the peoples who doesn’t like his caption as “terlalu pembaris” and “tak boleh gurau” (meaning, can’t take jokes and too sensitive).

WHAT’S THE BIG DEAL BRO? IT WAS A JOKE ANYWAY.

One man’s meat is another man’s poison. We can’t expect everyone to accept our joke, especially in Sarawak. What’s a joke for us will be an insult to everyone else.

I have experienced this first hand when I was starting with Pertandingan Personaliti Popular Orang Ulu 2021, where they claimed that I am not alert about Orang Ulu’s sensitivity. The seemingly harmless joke at my Google Form also was taken out of context (“mambang”, meaning spirit) and was formed in such a way I insulted Orang Ulu. I honour relationship above everything else. Therefore, I get in touch with OUNA’s president and apologise from him, written and verbal and did an open LIVE Facebook apology though a lot of people said that it was totally unnecessary because I didn’t do anything bad.

However, I lower down my ego because it is better to earn respect than to win and lose respect from Orang Ulu community, and Sarawak peoples in general. The key to Sarawak’s peace is respect. Even though such joke is normal and small matter for us, we can’t impose our standard to others. They can’t see our intention, but they can see our actions.

OBSERVATIONS:

From my observations on the comments and shares, here’s my summary:

1). Firstly, calling Kayan women as concubines. It is a joke for Cardock, but not many people can accept it. One wrong move, there will be a police report about this matter. It is not wise to call those mothers, grandmothers as your concubine. It as if you are stepping on their dignity.

2). Secondly, King of Kayan. For Kayans, the royals are called “Maren”, and their chief is called “Maren Uma”.  Not everyone can be a Maren because they have to follow the ancient ways and customs, what more to say about becoming Maren Uma. It is not easy. With respect to the traditional customs, the usage of “King of Kayan” should be avoided at all cost to respect the sensitivity of the Kayan peoples. It is a different story if you are making a joke with your close friends, but it is totally not suitable for public use.

HOPE FOR THE FUTURE

For your information as well, Cardock is half-Iban, where his mother is from Sibu and his father is a Malay from Perak. Because of this family ties, Cardock has an immense passion to promote Sarawak at the eye of the world. In short, whatever that happens, is like Sarawakian versus Sarawakians. This is something that makes me sad deep in my heart.

Cardock has helped to promote Sarawak to the eyes of the world by doing Live from one place to another, usually the place that prime media won’t cover all, and you won’t see it in mainstream media. Currently he is doing “Jelajah Sarawak” (Sarawak’s Adventure), indirectly helping the locals at Belaga or Balingian and everywhere else to extra exposure and ultimately more income.

Taking lessons from this matter, I sincerely hope all of us, be it normal peoples, Ybs, influencers etc to be alert and ensure that the content of your post is not breaching any people’s sensitivity so that we can live in peace with one another, be it at Sarawak or anywhere else in Malaysia for a greater good. Lest there will be another Durian Kimchi 2.0.

Take care and stay safe. Delta variant of COVID-19 is raging outside.

Tukang Rantek,
Claudius

Note: “Tukang Rantek” means photographer in Bidayuh language.

Follow me at: Tik Tok Instagram Facebook LinkTree

Malay Version:

PENGAJARAN DARIPADA ISU CARDOCK

Tabi basa, silamat Narang andu, selamat ngalih ari, sayu ngedau, selamat belua dau & celamat dau adak.

Terlebih dahulu saya ingin memberikan ucapan takziah buat keluarga askar-askar yang terkorban di dalam Peristiwa 13 Ogos, yang mana 4 orang anggota TUDM maut di dalam insiden tembakan yang berlaku jam 7.15 pagi tadi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330, Kota Samarahan.

Berbalik kepada perkara yang saya ingin tulis, pada pagi ini, saya telah menerima tangkaplayar berkenaan post saudara Cardock daripada beberapa peserta PPPOU’21. Ianya merupakan salah satu daripada isu yang kita tidak mahu berlaku di Sarawak, Bumi Kenyalang yang terdiri daripada pelbagai etnik dan suku. Oleh sebab itu saya tergerak untuk memberikan ulasan saya akan hal ini.

Penafian: Saya tidak diupah oleh mana-mana pihak atau dipengaruhi oleh mana-mana individu untuk menulis artikel ini. Semua yang anda baca adalah pendapat saya sendiri.

APA YANG BERLAKU?

Bagi yang tidak tahu, apa yang berlaku adalah Cardock telah memuatnaik gambar dengan kapsyen “Raja Kayan dengan gundik-gundiknya” pada tiga hari yang lepas.

Bagi yang kurang arif akan Bahasa Malaysia, berikut adalah definisinya.

Definisi (Kamus Dewan Edisi Keempat):

Raja (King):

1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi).

2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan;

3. kepala suku (daerah): di Nusa Teng¬gara masih banyak ~;

Gundik (Concubine):

1. isteri yg bukan gahara, isteri tidak rasmi;

2. bini gelap;

Kata ganda bagi gundik adalah “gundik-candik”.

Kayan: salah satu daripada etnik di Sarawak.

Boleh baca sejarah orang Kayan di sini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=495958447250617&id=495294393983689

Dalam Bahasa Inggeris, “Kayan King and his concubines”.

KESAN DARIPADA POST ITU

Bagi yang mengenali Cardock, yang mana dia selalu membuat Live dan biasa akan perwatakkannya, gurauan ini adalah biasa dan ianya adalah sebahagian daripada daya tarikan Cardock yang menyebabkan banyak orang tertarik untuk mengikuti pengembaraannya mempromosikan Sarawak di mata dunia. Cardock juga mempunyai kumpulan penyokongnnya yang tersendiri itu, Cardock Clan.

Cikgu Emmet telah membuat ringkasan yang padat tapi bermakna berkenaan Cardock. Anda boleh baca di sini: https://www.facebook.com/…/a.74617559…/4177085132339458/

Namun begitu, berikutan daripada post Cardock itu, beberapa orang telah bangkit kerana menyuarakan pendapat mereka. Seperti di dalam gambar di bawah, mula-mula sekali adalah di Miri Community, dan kemudiannya oleh berbanyak individu termasuk Nissie A yang memetik berkenaan Live Cardock dengan Durian Kimchi berkenaan isu penghinaan terhadap Ngepan Iban, serta mempersoalkan persatuan berkenaan yang memilih untuk berdiam dan juga post Vivianna dibawah. Post itu juga telah dikongsi di group Pulau Borneo Tanah Dayak, yang mana ditulis di sana perbuatan itu ibarat menghina saudara Kayan dan merendahkan martabat wanita Kayan.

Berikutan hal itu, saudara Cardock telah mengubah kapsyen kepada “Cardock dan Mak-Mak Orang” serta menggelarkan mereka yang tidak suka akan kapsyen tersebut sebagai “terlalu pembaris” dan “tak boleh gurau”.

APA MASALAHNYA BRO? GURAUAN JA PUN.

Apa yang menjadi gurauan bagi kita, mungkin adalah satu penghinaan bagi orang lain. Lebih-lebih lagi di Sarawak, yang mana sensitiviti kaum hendaklah dijaga.

Saya sendiri pun pernah mengalami akan hal ini, iaitu berkenaan dengan Pertandingan Personaliti Orang Ulu 2021. Saya dikatakan tidak menjaga sensitiviti Orang Ulu. Konteks lawa jenaka saya di GoogleForm berkenaan istilah “mambang” tidak diterima oleh sesetengah pihak. Disitu apa yang saya buat adalah berhubung dengan Presiden OUNA, dan meminta maaf daripada beliau dan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui Facebook Live walaupun banyak yang mengatakan tidak perlu minta maaf kerana tiada yang salah yang saya buat.

Namun saya merendahkan diri saya kerana bagi saya, adalah lebih penting untuk menjaga hubungan baik sesama warga Sarawak daripada perkara yang lain. Kunci keamanan Sarawak adalah hormat-menghormati. Walaupun perkara itu adalah normal dan gurauan bagi kita, namun atas dasar hormat, kita tidak boleh memaksa orang lain untuk menerima gurauan kita. Orang tidak lihat niat kita, tapi orang lihat perbuatan kita.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap komen-komen dan post-post tersebut, ini adalah ringkasan isu ini:

1). Pertama, menggelar wanita-wanita Kayan di sana sebagai gundik-gundik. Gurauan bagi Cardock, tapi tidak semua orang boleh menerima gurauan ini. Silap haribukan, nanti ada report polis akan hal ini. Adalah tidak elok sekiranya anda menggelar ibu-ibu, makcik-makcik orang sebagai “gundik”. Seolah-olah merendahkan martabat wanita itu.

2). Keduanya, Raja Kayan. Untuk orang Kayan, golongan bangsawan akan digelar sebagai Maren, dan ketua mereka akan digelar Maren Uma. Tidak semua orang boleh mendapat gelaran Maren kerana ianya harus menurut lunas adat, apatah lagi menjadi Maren Uma. Atas dasar menghormati adat, maka penggunaan istilah “Raja Kayan” sewajarnya dijauhi bagi menjaga sensitiviti kaum. Mungkin bagi sahabat rapat, ianya tidak menjadi masalah, namun untuk penggunaan umum, ianya tidak sesuai. Nasihat ini saya berikan atas pengalaman peribadi saya.

HARAPAN UNTUK MASA HADAPAN:

Untuk pengetahuan anda semua, Cardock juga berketurunan Iban (daripada sebelah Ibunya). Bapa Cardock adalah orang Perak (rasanya). Disebabkan hubungan kekeluargaan itulah Cardock mempunyai semangat yang membara untuk mempromosikan Sarawak dimata dunia. Jadi, secara ringkasnya, hal ini adalah seperti perbalahan sesama orang Sarawak. Ternyata ini adalah satu perkara yang menyedihkan buat Sarawak secara amnya kerana “miak Sarawak bergaduh ngan miak Sarawak”.

Cardock telah membantu untuk mempromosikan Sarawak ke mata dunia dengan membuat live dari tempat-tempat yang ditidak mendapat liputan media masa, seperti Jelajah Sarawak yang sedang berjalan sekarang, secara tidak langsung memberikan publisiti dan membantu peniaga-peniaga tempatan kita, baik di Belaga, Balingian mahupun dimana-mana sahaja di dalam Sarawak.

Mengambil iktibar daripada perkara ini, saya juga berharap agar kita semua, baik rakyat marhaen, YB-YB, “influencer” dsb sentiasa peka dan pastikan isi kandungan post kita media sosial tidak melampau batas gurauan kita agar kita sentiasa menjaga adab, menjaga sensitiviti kaum lain baik di Sarawak atau di mana-mana dalam Malaysia demi kesejahteraan bersama. Jangan ada lagi Durian Kimchi versi 2.0.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.

Jaga diri anda semua baik-baik. Varian Delta COVID-19 sedang mengganas.

Tukang Rantek,
Claudius