IBARAT MATI HIDUP KEMBALI: SEBUAH KISAH IBU TUNGGAL

Tabi basa & selamat petang semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi sebuah kisah berkenaan dengan seorang ibu tunggal yang terpaksa berhadapi dengan cabaran beliau tersendiri dan bagaimana beliau mengatasi kesulitan hidup yang beliau hadapi. Anda boleh membaca ringkasan kisah Rhea (bukan nama sebenar) dibawah.
Sakit lagi di hiris pisau, sakit lagi apabila kita ditinggalkan oleh orang yang pernah sebumbung dengan kita. Hari ini, saya nak kongsikan sedikit, melalui pengalaman hidup saya sendiri. Sebelum itu, saya ajukan kepada anda semua satu soalan: ada tak wanita di luar sana yang mahu jadi ibubapa tunggal untuk anak-anak?
Buat saya, itu sangatlah mustahil dan sangat sukar. Akan tetapi, saya mesti bergerak ke hadapan (move on). Pahit, manis, pedas & masam – saya kena telah semuanya.
Terjadinya keretakan di rumah tangga saya sehingga nama saya tidak asing lagi nama saya disebut dimana-mana, dikalangan sepupu-sepupu, makcik-makcik saya sendiri serta di lingkungan kenalan saya. Keluarga terdekat saya pun tidak kurang hebatnya bercerita akan kisah saya sehingga yang biasa pun menjadi luar biasa. Bahkan saya digelar sebagai wanita yang tiada masa depan.
Kiri, kanan, depan dan belakang, semua cerita pasal saya.
“Eh, dia tiada duit ke nak sara anak dia?” dan banyak lagi yang mereka umpatkan berkenaan saya di luar sana.
Siapa mereka untuk menghakimi saya?
Namun tidak mengapa. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah mengurniakan keluarga yang selalu ada buat saya. Tuhan telah memberikan ibu & bapa yang sentiasa ada buat saya walau di saat saya jatuh, di saat saya terpuruk, dan hampir putus asa dengan hidup yang saya jalani. Mereka memberi kata-kata semangat agar saya kuat demi anak-anak saya.
Apabila saya sebut “ibarat mati hidup semula” ia bermaksud, disaat saya dipukul masalah terbesar dalam hidup saya yang hampir membuatkan saya jadi gila, Tuhan hadirkan berkat terindah dalam hidup saya yang tidak pernah saya lupakan. Tahu tak, pada masa yang sama juga saya telah mendapat pekerjaan baru, iaitu kerja dengan sektor awam.
Sebelum itu, saya pernah berdoa memohon kepada Tuhan agar dikurniakan perkerjaan yang bagus dan peluang untuk mengubah hidup saya dan anak-anak. Biarlah orang di luar sana dapat membuka mata dan melihat bahawa tanpa seorang lelaki pun saya boleh hidup. Ternyata, Tuhan mendengar dan mengabulkan doa saya.
Bagi saya, menjadi ibu tunggal itu adalah luar biasa. Menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ketua keluarga agak mencabar bagi saya. Menjadi mak sekaligus bapa kepada anak-anak itu bukan satu hal yang mudah. Saya tidak boleh menyerah. Saya mendidik hati saya untuk menjadi wanita besi dan menjadi wanita yang menjadi kebanggaan kepada anak-anak. Bagi saya, menjaga masa depan anak-anak adalah sungguh penting.
Saya sudah sediakan semuanya buat mereka. Dari aspek tabungan untuk masuk universiti 20 tahun akan datang pun saya sudah buat untuk mereka.
Pada masa ini, kisah silam biarlah kekal menjadi kisah silam. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang – sudah memiliki kerja tetap, ada perniagaan sendiri, kereta sendiri dan akan datang adalah rumah saya sendiri. Produk baru saya dan jenama saya sendiri pun di dalam proses pembikinan.
Buat gadis-gadis di luar sana yang mungkin mengalami nasib yang sama seperti saya, jangan pernah takut untuk bangkit semula. Status kekal status, namun kita juga manusia. Jadi, kita harus bergerak ke hadapan dan jadikan impian kita satu realiti. Lelaki boleh datang sendiri sekiranya dia benar-benar cinta akan kamu.
Buat lelaki-lelaki diluar sana, tidak semua janda itu murah dan tak semua janda itu tiada masa depan.
Terima kasih kerana sudi membaca. ❤️
DEATH & REBORN
Blade hurts, but what hurts more is when we are being left by the person who once lived with us. Today I’d like to share about my story. Before that, I’d like to ask a question to all of you: is there a woman out there who wants to be a single parent for their kids?
For me, it is an unsurmountable task. However, I need to move on for my kids. Bitter, sweet, spicy or sour, I have to go through it all.
There was a crack in my once blissful family until it shatters into a thousand pieces. My name even became the talk of the town, from my cousins, my aunties, uncles and within my family circle. The ordinary turns into extraordinary. I was even labelled as a futureless woman. That’s how bad it was for me.
“Eh, she doesn’t have any money to feed her kids?” et cetera. They kept on gossiping about me out there. Who are they to judge me?
But you know what? It doesn’t matter. I am truly grateful to God because He blessed me with my family that is always be there for me. God granted me my parents who always be there to assist me whenever I fall down and almost gave up with my life. They encourages me non-stop so that I am strong for my kids.
What I meant by “death & reborn” is when I was faced with this seemingly impossible challenge, God granted me the best blessing that I could never forget. Guess what? Amidst this calamity of my life, I also managed to land a job with government.
Before that, I prayed to God to grant me a good occupation and a chance to change my life for the better. Let those naysayers out there opened their eyes and see that I also can survive without any man. Indeed, God is great and answers my prayer.
For me, becoming a single parent is a extraordinary feat. Holding responsibility as a mother and family leader is challenging for me. Becoming mother & father to my children at the same time is no easy task. I cannot give up. I taught my heart to be an iron lady and become someone that they can look up to. For me, their future is my top priority.
I have prepared everything for them. From their university funds in 20 years’ time to the basic needs, I have it all prepared.
Today, let bygones be bygones and past remains a past. I am happy with my life now – having a stable career, owns a business, own car and soon, my own house. I am also doing my own product and my own brand.
For ladies out there who might be having the same problem with me, don’t be afraid to rise up again. Let status remains a status, but we are still humans. So, we need to move on and let our dreams come true. Your man will come to you if he really loves you.
For men out there, not all widow is cheap and not all widow is futureless.
Thank you for reading. ❤️
Tukang Rantek,
Claudius
‼️10 more days for Citra Kenyalang. Register now at 0148677585 via Telegram.‼️