LDR Is Painful, But It Will Be Worth The Wait

LONG DISTANCE RELATIONSHIP (LDR) / PERCINTAAN JARAK JAUH 💕

Tabi basa & selamat sejahtera semua! Perkongsian pada pagi ini adalah berkenaan LDR atau percintaan jarak jauh.

LDR – hubungan cinta di antara dua insan yg saling bercinta, namun terpisah oleh jarak dan tidak dapat bertemu selalu atas dasar kerjaya (offshore / tentera / posting cikgu), pengajian dsb, dan bukan kerana kerelaan hati. Siapa yang ingin berjauh dari insan yang mereka sayangi?

Namun, terselindung disebalik penyeksaan jiwa dan raga adalah rahmat, dan jarak yang memisahkan ternyata mengukuhkan lagi ikatan cinta yg bersemi di jiwa. Apatah lagi sekiranya cinta mereka senantiasa diuji oleh LDR sebelum alam perkahwinan, apabila sudah bersama, ianya bukan perkara baru.

Tatkala ramai yang kecundang, ada yang tertewas oleh godaan dari kiri kanan atas dan bawah, hanya lelaki dan wanita yang kuat sahaja dapat menempuhi ujian LDR ini, dengan berbekalkan kepercayaan di dalam jiwa.

Jiwa yang kental menjadi kubu & tembok pelindung cinta suci mereka. Pertemuan demi pertemuan, biarpun singkat, menjadi saat-saat yang berharga & menjadi memori yg manis.

Seringkas duduk bersama & berjalan berpegangan tangan di tepi pantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam, ataupun bersama-sama menunggu pagi, bercerita tentang kehidupan sambil menunggu penerbangan seterusnya.

Tatkala dikejauhan, dititipkan bersama kuntum-kuntum bunga cinta di dalam setiap doa.

Ibarat bunga di gurun yang mekar selepas turunnya hujan, begitu juga perasaan cinta yang tulus di dalam hati apabila dua insan bertemu.

Air mata mempelai lelaki pastinya mengalir sebagai tanda bersyukur & gembira tak terungkap dgn kata-kata apabila melihat si mempelai wanita berjalan diiringi oleh si ayahanda tercinta menuju ke altar perkahwinan.

Semoga Tuhan merahmati anda semua, terutama sekali yg di dalam percintaan jarak jauh. 🙏🏻

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

For people in an LDR (long distance relationship), distance is just a figure. It is not a destructive force, but it is a constructive energy, it strengthens love, filters out the need to be together all the time and it gives you the opportunity to live your own life, work your own fulfilling career and to pursue your own passion.

With trust as its main currency, LDR makes you realise that you love him/her because you want to, not because you have to or want immediate satisfaction. If you just can’t wait, what you feel is not true love. Lust can’t wait, but love always perseveres and patient. ❤️

Your Tukang Rantek,
Claudius (Del)

Follow me at Instagram: www.instagram.com/claudiusweson

Note: Tukang Rantek means photographer in Bidayuh Serian.

error: © Claudius Weson (2017 - 2023). All rights reserved.